SeLAmAT DaTAnG..
December 9, 2010
Selamat datang Guru Besar Baru
Kami warga SK Setia Budi mengalu-alukan kedatangan Guru Besar Cikgu Zainal Bin Samsudin yang telah melaporkan diri pada 8 Disember 2010.
November 22, 2010
November 2, 2010
KURSUS KOMPUTER SKSB
Hari ini telah diadakan satu Program Peningkatan Kemahiran ICT khusus untuk Tahun 6. Program ini adalah anjuran Fasilitator Schoolnet Batu Pahat dengan kerjasama sekolah-sekolah yang terlibat. Antara modul yang telah diajar adalah Pengurusan Emel (Yahoo) & Pengenalan Laman Blog Peribadi (Blogspot).
Terima Kasih diucapkkan kepada semua murid Tahun 6 Arif SK Setia Budi yang telah memberikan kerjsama yang baik dalam program ini. Semoga sedikit ilmu yang telah dikongsi dapat dipraktikkan untuk kegunaan kamu pada masa hadapan kelak.

October 29, 2010
October 25, 2010
MinGGu PePERIKSAan AkHir TaHuN 2010
October 15, 2010
October 8, 2010
September 8, 2010
September 2, 2010
Sambutan Hari KeMERDEKAan kali Ke-53
Murid-murid Tahap 1 membuat persembahan nyanyian lagu-lagu Patriotik
i. lagu Jalur Gemilang
ii. lagu MERDEKA
Murid Tahun 1&2 menyertai acara mewarna poster Hari Kemerdekaan
Murid PraSekolah Nur Qaseh SK Setia Budi juga tidak ketinggalan menyertai pertandingan mewarna poster Hari Kemerdekaan
Murid-murid lelaki Tahap 2 pula menyertai acara menghias Basikal yang bertema "MERDEKA"
Murid-murid Perempuan Tahap 2 pula menyertai pertandingan Gubahan yang bertemakan "Hari Kemerdekaan"
MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA!!!
August 26, 2010
PERMOHONAN PENEMPATAN TINGKATAN SATU KRK, SMKA, KAA DAN SEKOLAH KAWALAN NEGERI JOHOR 2011
Berita dari PPD Batu Pahat:
Rabu, 25 Ogos 2010 11:15 | Ditulis oleh PPPD Menengah (murid)
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan murid ke tingkatan 1 KRK, SMKA, KAA dan Sekolah Kawalan Negeri Johor untuk tahun 2011 akan pada 1 September 2010 hingga 30 Oktober 2010.
Sehubungan dengan itu, kepada ibubapa yang berminat, sila hubungi Penolong Kanan HEM sekolah masing-masing untuk urusan pendaftaran.
Sekian, terima kasih.

August 18, 2010
WARKAH AYAHANDA PENGARAH PELAJARAN JOHOR KEPADA SEMUA CALON UPSR NEGERI JOHOR TAHUN 2010
Anakanda,
Ke hadapan anakanda calon-calon UPSR 2010 negeri Johor yang dikasihi. Ayahanda doakan agar anakanda sekalian dikurniakan kesihatan yang terbaik untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada 21 hingga 23 September 2010 nanti. Ayahanda harapkan agar anakanda sentiasa tenang dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk peperiksaan yang penting ini.
Dengan kehadiran warkah ini, ayahanda berharap agar dapat menjadi pengganti diri ayahanda dan sesungguhnya anakanda tidak bersendirian dalam menghadapi saat-saat penting dalam kehidupan anakanda. Warkah ini juga umpama harapan dan kasih sayang yang tulus dari ayahanda yang terlalu ingin melihat anakanda beroleh kejayaan yang cemerlang dalam hidup anakanda. Kegembiraan dan kecemerlangan anakanda adalah kepuasan dan kejayaan ayahanda jua.
Anakanda yang dikasihi,
Kejayaan yang hendak diraih sebenarnya memerlukan usaha yang berterusan, tiada kejayaan yang boleh dicapai dengan mudah. Walaupun begitu sekiranya anakanda bersungguh-sungguh dalam apa jua usaha, semua perkara menjadi mudah dan boleh dicapai. Anggaplah kesusahan semasa berusaha untuk cemerlang adalah pengalaman manis yang akan dikenang satu hari nanti. Sifat putus asa dan bertangguh hendaklah dibuang jauh-jauh dari diri anakanda.
Seperkara yang ayahanda ingin berkongsi ialah jangan malu untuk bertanya. Seperti kata pepatah melayu “Malu Bertanya Sesat Jalan” Tanyalah apa jua kemusykilan pada yang mahir. Di sekolah umpamanya kita mempunyai guru-guru yang cemerlang, kaunselor –kaunselor yang gemilang dan guru – guru pakar yang terbilang. Bertanyalah pada mereka semua. Semua persoalan akan terungkai . Bayangkanlah sekiranya anakanda rajin bertanya pada mereka, anakanda akan menjadi pelajar luarbiasa dan cemerlang.
Anakanda yang dikasihi,
Ayahanda tahu bahawa masa kini semakin suntuk, ketika warkah ini dibaca, ayahanda rasa hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi peperiksaan UPSR akan berlangsung. Anakanda harus tenang sehinggalah hari peperiksaan yang sebenar. Cuba dapatkan sokongan dari ibu bapa, keluarga dan guru-guru. Minta restu dan berbuat baiklah pada mereka. Anakanda juga jangan melupakan jasa mereka yang bertungkus lumus menjadikan anakanda pandai. Mohonlah kemaafan dan doa daripada mereka. Ayahanda yakin mereka semua akan mendoakan anakanda. Sebelum ayahanda mengundur diri, sekali lagi ayahanda nasihatkan agar anakanda menjaga kesihatan dan bersenamlah selalu agar badan sihat dan cergas. Gunakanlah masa yang masih berbaki ini sebaik yang mungkin. Jangan buang masa kerana “Masa Itu Emas”. Rajinlah mengulangkaji dan ketahuilah subjek atau topik yang masih belum dikuasai sepenuhnya.
Akhirkata sampaikan salam takzim ayahanda kepada ibu bapa dan guru anakanda. Sekali lagi kita capai “Johor Top 5” tahun ini. Selamat menduduki peperiksaan UPSR. Semoga berjaya dengan cemerlang.
Daripada Ayahanda
(HAJI SUFA’AT BIN TUMIN)
Pengarah Pelajaran Johor
17 Ogos 2010
(tandatangan tidak diperlukan kerana janaan komputer)

August 10, 2010
SalaM Ramadhan
Tanpa Disedari
11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan
tak semua menyejukkan,
11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,
11 bulan
banyak keluhan, kebencian dan kemarahan
saatnya istirahat dalam "perjalanan dunia"
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri
Selamat menunaikan Ibadah Puasa
bersama kita leburkan kekhilafan,
Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan do'a - do'a
dan kembali menjadi fitrah
ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA
Wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....
July 23, 2010
JaNgAn LuPa NiSfU SyA’bAn 26 JuLai NiE !!!
Assalamu'alaikum w.b.t...
Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Isnin malam selasa ( sebaik saja masuk maghrib), 26hb July, 2010 (selepas magrib pada hari 14 Sya'aban 1431H)
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 26 July 2010) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 26 July 2010)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman &
pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan
menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3
malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan
permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka
aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang
berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam
JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA
SELASA 27 JULY 2010 INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK TAHUN HADAPAN...INSYALLAH
Sampaikanlah kepada rakan-rakan kita yang lain.... InsyaAllah
June 25, 2010
Banjir..oh Banjir...
Kejadian yg tanpa diduga telah berlaku di Kg Pt Gantong, iaitu bencana alam (banjir). SK Setia Budi telah ditenggelami air sedalam paras lutut. Walaupo semua harta benda dapat diselamatkan,tetapi terdapat juga beberapa peralatan yg rosak akibat terkena air banjir. Syukur Alhamdulillah semua nyawa terselamat... Lihatlah gambar2 di bawah semasa kejadian berlaku...
May 19, 2010
SaMbUTaN HaRi GuRu
Oleh kerana tarikh 16Mei, sempena Hari Guru jatuhnya pd hari Ahad, maka Sambutan Hari Guru 2010 disambut di semua sekolah pada hari Isnin, 17 Mei 2010. SKSB telah mengatur pelbagai aturcara. Antara seperti barisan Lintas Hormat yang dilakukan oleh pasukan Pengakap dan juga Puteri Islam sekolah.
GPK 1 sedang membacakan perutusan dari Pengarah Pelajaran.
GPK HEM pula membacakan perutusan dari Menteri Pelajaran Malaysia.
Ucapan dari wakil murid, iaitu Nur Aqilah Huda
ni lah MUMIA yg telah mendapat tempat Pertama drpd 6 MUMIA yg bertanding :) Siapakah MUMIA itu??? cube teka...

May 5, 2010
MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2010
Pada 24hb April yang lalu, telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG bagi Tahun 2010 SK Setia Budi. SKSB mengucapkan terima kasih kepada para IbuBapa yang telah hadir untuk mesyuarat tersebut. Tidak lupa juga terima kasih banyak-banyak kerana telah menyumbangkan derma ikhlas untuk tabung PIBG 2010.
Pendaftaran kehadiran Ibu Bapa
Pengerusi PIBG bersama Guru Besar, GPK HEM & Perasmi
Cenderahati untuk Ibu Bapa
Pendaftaran kehadiran Ibu Bapa
Pengerusi PIBG bersama Guru Besar, GPK HEM & Perasmi
Cenderahati untuk Ibu Bapa
Subscribe to:
Posts (Atom)