November 25, 2009

Wira & Wirati SKSB 2009

Pencapaian UPSR tahun ini amat membanggakan SK Setia Budi kerana 2 org pelajar telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun 2009, manakala pelajar yg mendapat 4A1B juga 2 org & seorang mendapat keputusan 3A2B.

November 20, 2009

FaMilY DaY SKSB


Semua Guru & Staf SKSB telah sepakat untuk membuat FamilyDay di Teluk Gorek, Mersing pada 7&8hb yg lalu. Kami berkumpul di petronas Ayer Hitam pada jam 8.15am & gerak secara konvoi menaiki kenderaan masing2. Untuk sampai ke destinasi yang dituju mengambil masa kira-kira 3 jam. So lebih kurg pukul 11.15am, kami telah sampai di sana.
Pantai Teluk Gorek, Mersing.

Macam2 aktiviti telah dirancang sepanjang bercuti di sana. Aktiviti untuk kanak2 iaitu acara merebut gula2, meniup belon sampai pecah & membawa bola di celah kaki. Aktiviti untuk kaum wanita ialah bola jaring & aktiviti untuk kaum lelaki pula ialah futsal. Aktiviti bagi setiap family pula ialah membina istana pasir. Setiap aktiviti telah disediakan hadiah yg bole dianggap sesuai ngan bajet yg dikeluarkan... hehe
Lihat la gelagat2 kami di sana... :)



November 5, 2009

KFC


KFC???
Untuk pengetahuan semua, Pra Sekolah Nur-Qaseh SK Setia Budi telah mengadakan majlis sambutan hari lahir untuk murid2 nya bagi tahun 2009 ini pada 04.11.2009. Guru&PPM serta tidak ketinggalan juga FS turut membantu untuk menjayakan jamuan tersebut. Tidak dilupakan juga guru2 & staf SK Setia Budi juga dijemput bagi memeriahkan majlis.

Jamuan yang telah disediakan adalah KFC & Kek Aiskrim yang diimport dari King Of Royal Creek yang telah ditempah khas oleh FS... hehehe...

Lagi gambar yang telah di klik2...
Murid2 Pra Sekolah Nur-Qaseh Sk Setia Budi 2009
Bersama Guru & PPM Pra Sekolah SKSB

October 15, 2009

Pertandingan Masakan

Pada minggu lepas pula pelajar tahun 6 telah menyertai pertandingan masakan yang telah ditetapkan dalam program selepas UPSR.
Antara gelagat mereka semasa pertandingan

Selebriti Chef Murid Tahun 6

October 6, 2009

Majlis Sambutan Hari Raya 02.10.2009

Sambutan Hari Raya di SK Setia Budi telah disambut dengan meriahnya pada 2hb yang lalu. Semua warga SK Setia Budi saling bekerjasama antara satu sama lain untuk menjayakan majlis tersebut. Beberapa persembahan nyayian dibuat oleh pelajar dari tahun 2 hingga 6. Majlis Sambutan Hari Raya ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Semoga Majlis Sambutan seperti ini diadakan lagi pada Tahun 2010 dan seterusnya.. Insyaallah


October 2, 2009

Gubahan hantaran perkahwinan

haaa.. jangan tak percaya yer, pelajar tahun 6 SK Setia Budi memang kreatif & bijak dalam menghasilkan gubahan hantaran perkahwinan. Aktiviti ini dijadikan satu pertandingan dalam memenuhi jadual program selepas UPSR.
Pertandingan tersebut dikelolakan oleh Pn Norazlin dan para juri yang telah dipilih iaitu Pn Siti Safizah, Pn Mastenty Irdawaty & Cik Siti Hasmah. Pertandingan bermula seawal jam 8 pagi sehingga jam 12 tengahari. Keputusan pertandingan akan diumumkan sewaktu perhimpunan pada minggu hadapan.

ini la group tahun 6 yang telah menghasilkan gubahan hantaran perkahwinan di sekolah sebagai mengisi kelapangan masa selepas UPSR.

September 7, 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR 2009

Peperiksaan yang dinantikan oleh pelajar tahun 6, akhirnya tiba. Tarikh peperiksaan tersebut ialah pada 8 hingga 10 September 2009. Pelbagai usaha dan ikhtiar telah dilakukan oleh para guru bagi mempastikan kejayaan akan menjadi milik pelajar nanti. Hanya usaha daripada diri pelajar/calon itu sendiri sahaja hanya Allah sahaja yang tahu. Harapan pihak sekolah agar usaha seiring dilakukan oleh ibubapa/penjaga untuk menjanjikan kejayaan buat para pelajar.

Kami warga SK Setia Budi mendoakan supaya calon UPSR Tabah Dan Bersemangat dalam menjawab soalan peperiksaan tersebut. Sesungguhnya, Insya Allah
Kejayaan Yang Cemerlang Akan Menjadi Milik Kalian.
5A Pasti di Dalam Genggaman...

September 4, 2009

Tadarus Al-Quran

Sepanjang bulan Ramadhan ini Guru J-Qaf bersama AJK Pendidikan Islam menganjurkan program Tadarus Al-Quran kepada semua murid. Program ini akan diakhiri dengan majlis Khatam Al-Quran & memasak bubur lambuk yang dijangka dan dirancang diadakan pada 18 September 2009 (Jumaat). Semoga majlis ini mendapat sambutan yang baik daripada warga Sk Setia Budi.

September 3, 2009

Program Ihya' Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Sempena kedatangan bulan yang mulia Ramadhan Al-Mubarak, kami warga SK Setia Budi mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam dan juga yang sudi melayari laman blog ini. Di sini, kami ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf sekiranya ada tersalah kata dan sebagainya.

Di samping kita berpuasa pada bulan Ramadhan ini, satu program akan dijalankan iaitu Program Ihya' Ramadhan dimana, semua murid dan juga guru terlibat dalam tadarus al-Quran. Program ini bermula pada waktu rehat setiap hari dimana, murid dibahagikan kumpulan & juga seorang guru pembimbing bagi setiap kumpulan.

Di akhir hari persekolahan sebelum bermulanya cuti sekolah sempena menyambut Hari Raya, satu majlis khatam al-Quran akan diadakan di Dewan Sekolah SK Setia Budi.
Marilah sama-sama kita meriahkan lagi bulan yang mulia ini dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran.

August 18, 2009

perhimpunan mingguan 17.08.2009

Guru Besar baru iaitu Pn Rubiah binti Melan bersama-sama di dalam perhimpunan mingguan pada setiap hari Isnin. Antara ucapan yang disampaikan adalah memperkenalkan diri dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana sudi menerima kehadiran dirinya di SK Setia Budi sebagai Guru Besar yang baru. Beliau mohon kerjasama daripada semua warga SK Setia Budi supaya dapat meningkatkan lagi kecemerlangan baik dari segi akademik dan juga kokurikulum. Beliau juga mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.

August 11, 2009

Kehadiran Orang Baru

Setelah seminggu berlalu SK Setia Budi ketiadaan guru besar kerana telah bersara. SK Setia Budi sangat mengalu-alukan kedatangan Guru Besar yang baru sebagai pengganti kepada En. Norsalim bin Sirat. Beliau yang dimaksudkan ialah Pn. Rubiah binti Melan. Beliau telah dinaikkan pangkat dari Guru Penolong Kanan (GPK) kepada Guru Besar SK Setia Budi.

August 10, 2009

Taklimat H1N1


Satu taklimat penting telah diadakan oleh wakil dari Klinik Kesihatan Seri Merlong berkaitan dengan penyakit Influenza A H1N1 di dewan SK Setia Budi.

August 7, 2009

Jasamu dikenang

Pada 05 Ogos yang lalu, satu majlis telah diadakan sempena meraikan Persaraan Guru Besar SK Setia Budi iaitu En. Norsalim bin Sirat. tak nak cite panjang, layan gambar jer...





Beberapa guru telah ditugaskan untuk menghias kereta Guru Besar sebagai kenangan pada beliau.

July 27, 2009

Solat Hajat

SK Setia Budi telah menganjurkan Solat Hajat bagi pelajar yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada bulan September 2009. Antara yang terlibat adalah semua guru SK Setia Budi, pelajar Tahun 6 dan juga ibu&bapa.
Semoga kalian beroleh kejayaan di dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini.
Amin...

July 22, 2009

zoom A



Pelajar tahun 6 sentiasa membuat ulangkaji dengan melayari laman web ZOOM A untuk persediaan mengambil peperiksaan UPSR yang tidak lama lagi.

July 21, 2009

ZOOM A

Semua pelajar khususnya Tahun 6 dikehendaki membuat Zoom A sebagai persediaan untuk peperiksaan UPSR yang akan tiba tidak lama lagi.
Pelajar dapat menjawab soalan-soalan yang telah disediakan oleh pihak kementerian dengan baik. Masa yang ada digunakan dengan sebaik mungkin kerana mereka telah di didik dengan lebih awal.
Ini lah foto candid yang diambil semasa mereka sedang membuat Zoom A di makmal komputer.

July 19, 2009

Prasarana Sekolah




Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Setia Budi
Kod Sekolah : JBA 0097
Lokasi : Luar Bandar
Jarak ke PPD/JPNJ : 58/126KM
Luas : 4 ekar
Mukim : Mk 11X Sg Kluang
No. Lot : MLO 1015
Bangunan : 1 Blok 2 Tingkat (JKR 1651 BP)
1 Blok 1 Tingkat
1 Blok Kantin (JKR 1652 BP)
1 Blok Makmal Komputer
1 Blok Pra Sekolah
4 Unit Bilik Air
6 Unit Garaj
2 Unit Pondok Membaca (wakaf)
Bilik : 6 Bilik darjah (Tahun 1 hingga 6)
1 Makmal Sains
1 Perpustakaan
1 Bengkel Kemahiran Hidup
1 Pejabat Am
1 Bilik Guru
1 Bilik Stor Sukan
1 Bilik ABM
Kategori Murid : Anak-anak sekitar kampong;
Pt Gantong, Rengit
Pt Bagan Darat, Rengit
Pt Jambi Darat, Rengit
Sri Merlong Darat, Rengit
Jumlah Murid : 151 orang
Jumlah Guru : 15 orang
Kakitangan : 1 Pembantu Tadbir
1 Pembantu Pra Sekolah
1 Fasilitator SchoolNet
2 Pengawal Keselamatan (swasta)
3 Pekerja Permbersihan (swasta)
Laman Web Sekolah : http://www.sksb.edu.my
Email : sksetiabudi@gmail.com
No. Telefon : 07-4140686