March 2, 2010

Enjin Carian untuk kanak-kanak

Entri kali ini memberikan anda info mengenai enjin carian khas untuk kanak-kanak.
Ask Kids
www.askkids.com

Ask Kids adalah laman carian ekslusif untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun. Ia memberikan peluang kepada para ibu bapa membantu mencari bahan pembelajaran yang sesuai dengan peringkat umur anak mereka berbanding penggunaan enjin carian untuk orang dewasa yang lain.

Berdasarkan kajian, strategi pembelajaran dengan kaedah visual terbukti meningkatkan pemahaman dan pengekalan maklumat dalam kalangan kanak-kanak. Maka hasil carian di sini dipaparkan dalam bentuk panel grafik yang menarik bagi meransang daya berfikir secara visual kanak-kanak.

Fact Monster
www.factmonster.com

Laman yang dipunyai oleh Pearson Education ini mempunyai maklumat yang sangat banyak. Ia bukan sekadar enjin carian untuk kanak-kanak tetapi juga bertindak seolah-olah sebuah ensiklopedia di alam maya. Kategori utama maklumatnya termasuk berkaitan dunia, sukan, sains, matematik dan wang serta banyak lagi.

Turut disediakan di laman ini ialah meja rujukan (reference desk). Ia membantu anak anda menyiapkan kerja rumah dengan pantas dan berkesan melalui Homework Center.

Kidsites.org
www.kidsites.org

Sebagai satu direktori bagi carian maklumat kanak-kanak, pautan-pautan ke laman lain dipilih dengan teliti. Ini bagi memastikan bahan yang disediakan pada laman sesawang yang dipautkan sesuai untuk kanak-kanak, ibu bapa dan guru. Menu utama untuk kanak-kanak dikategorikan untuk kanak-kanak kecil, prasekolah dan sekolah rendah. Juga disediakan direktori khas untuk guru dan ibu bapa.

Laman ini dikelolakan oleh syarikat UptoTen dari negara Mauritius. Editor kandungannya telah melayari dan menguji lebih 5,000 laman kanak-kanak. Hanya 1,000 sahaja yang paling menarik disenaraikan di sini.

March 1, 2010

Temasya Sukan Tahunan 2010

Bertarikh 25 Feb 2010, SK Setia Budi telah menjalankan Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-50 Tahun 2010. Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh murid-murid amat membanggakan sekali terutama pada guru & juga para ibu bapa yang hadir untuk menyaksikan acara yang disertai oleh anak-anak mereka.
Tahniah & Syabas pada peserta yang mendapat tempat pertama, kedua & ketiga. Pada yang tidak berjaya, cuba lagi pada tahun akan datang.

Ini dia Peserta Larian 100 M (Lelaki 12 & Perempuan 12)


Pra Sekolah Nur Qaseh juga turut menyertai acara larian 100M

Acara Perbarisan

bacaan ikrar diketuai oleh Ketua Pegawas iaitu Mohd Fuad


Pasukan Rumah Tuah

Pasukan Rumah Jebat

Pasukan Rumah Lekir


KHEMAH Rumah TUAH