April 26, 2010

HARI ANTI DADAH 2010

24hb yang lalu, cuti sekolah ganti untuk Hari Raya Aidilfitri. Oleh itu, SK Setia Budi telah mengadakan Hari Anti Dadah pada hari tersebut. Bagi murid Tahap 1, diadakan pertandingan mewarna lukisan & Tulisan cantik. Bagi murid Tahap 2 pula, diadakan pertandingan melukis dimana 2 soalan jawab 1 sahaja & juga menulis esei.

April 14, 2010

PROGRAM EXCEL RENGIT, 2010

Sabtu, 10hb April yg lalu, satu Program Excel Rengit, 2010 "IBUBAPA SEBAGAI MOTIVATOR" SEK KEB SETIA BUDI telah diadakan di Dataran Kejat SK Setia Budi. Majlis telah dirasmikan oleh Tn Hj Ayub bin Hj Jamil (ADUN Rengit). Penceramah undangan pula iaitu En. Hamdan bin Mahfoh (Kaunselor IPTHO Batu Pahat). Majlis dimulakan jam 8.00 malam dan berakhir jam 11.45 malam.

April 2, 2010

SaMbUTaN MaULiDuRRaSuL 01.04.2010

Semalam telah diadakan satu majlis sempena Sambutan Maulidurrasul. Majlis dibuat dengan gabungan SK Setia Budi, Sekolah Agama Pt Gantong & juga Masjid Kg Pt Gantong. Pada Tahun ini, Masjid Kg Pt Gantong merupakan tuan rumah untuk mengadakan majlis tersebut & pada tahun hadapan SK Setia Budi pula akan menjadi sebagai Tuan Rumah.






Majlis bermula jam 9 pagi dengan 2 kumpulan perarakan pelajar sekolah sambil mengalunkan lagu selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dengan diiringi paluan kompang oleh orang kampung Pt Gantong.


Seterusnya majlis dimulai dengan bacaan doa.


Seterusnya majlis bacaan ayat2 suci al-Quran oleh adik Muhammad Haziq.


Ucapan oleh En Armin Bin Sarping, Ketua Kampung Pt Gantong


Ucapan oleh wakil Pengerusi Masjid Kg Pt Gantong.

Majlis diserikan dengan nyanyian nasyid oleh pelajar perempuan SK Setia Budi...
Penceramah oleh Ustaz Mohd Nor Sairi..
Jamuan makan...
Majlis bersurai jam 12.30 tgh hari...

Ujian Saringan UKM-PERMATApintar UKM 1 Versi 2010 1 Mac – 31 Mei 2010.

Ruj. Kami : JPNJ/UPK/33/0058 Jld.2 (41)
Tarikh : 10 Mac 2010.

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Johor.


Tuan,

Ujian Saringan UKM-PERMATApintar UKM 1 Versi 2010
1 Mac – 31 Mei 2010.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pelaksanaan ujian tersebut akan dijalankan mengikut tarikh seperti di atas.

3. Sehubungan ini, kami menggalakkan murid-murid yang berumur 7 hingga 15 tahun menduduki ujian tersebut secara on-line melalui laman sesawang http://www.permatapintar.edu.my dan boleh diambil di mana-mana sahaja sama ada di sekolah, rumah, kafe siber dan tempat-tempat lain yang boleh akses rangkaian internet.

4. Bersama surat ini dilampirkan surat siaran KPM untuk rujukan
dan tindakantuan.Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi
Pegawai SPK di PPD masing-masing atau En. Sazali bin Abd. Hamid,
Ketua Unit Pemulihan Khas JPN Johor di talian 013-7426084.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan / puan.Terima kasih


”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


( HJ. MD AMIN BIN ANIS )
Ketua Sektor
Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
b.p Pengarah Pelajaran Johor.

s.k. 1. Timbalan Pengarah Pelajaran Johor
2. Semua PPD JPN Johor