August 18, 2009

perhimpunan mingguan 17.08.2009

Guru Besar baru iaitu Pn Rubiah binti Melan bersama-sama di dalam perhimpunan mingguan pada setiap hari Isnin. Antara ucapan yang disampaikan adalah memperkenalkan diri dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana sudi menerima kehadiran dirinya di SK Setia Budi sebagai Guru Besar yang baru. Beliau mohon kerjasama daripada semua warga SK Setia Budi supaya dapat meningkatkan lagi kecemerlangan baik dari segi akademik dan juga kokurikulum. Beliau juga mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.

August 11, 2009

Kehadiran Orang Baru

Setelah seminggu berlalu SK Setia Budi ketiadaan guru besar kerana telah bersara. SK Setia Budi sangat mengalu-alukan kedatangan Guru Besar yang baru sebagai pengganti kepada En. Norsalim bin Sirat. Beliau yang dimaksudkan ialah Pn. Rubiah binti Melan. Beliau telah dinaikkan pangkat dari Guru Penolong Kanan (GPK) kepada Guru Besar SK Setia Budi.

August 10, 2009

Taklimat H1N1


Satu taklimat penting telah diadakan oleh wakil dari Klinik Kesihatan Seri Merlong berkaitan dengan penyakit Influenza A H1N1 di dewan SK Setia Budi.

August 7, 2009

Jasamu dikenang

Pada 05 Ogos yang lalu, satu majlis telah diadakan sempena meraikan Persaraan Guru Besar SK Setia Budi iaitu En. Norsalim bin Sirat. tak nak cite panjang, layan gambar jer...





Beberapa guru telah ditugaskan untuk menghias kereta Guru Besar sebagai kenangan pada beliau.