July 27, 2009

Solat Hajat

SK Setia Budi telah menganjurkan Solat Hajat bagi pelajar yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada bulan September 2009. Antara yang terlibat adalah semua guru SK Setia Budi, pelajar Tahun 6 dan juga ibu&bapa.
Semoga kalian beroleh kejayaan di dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini.
Amin...

July 22, 2009

zoom A



Pelajar tahun 6 sentiasa membuat ulangkaji dengan melayari laman web ZOOM A untuk persediaan mengambil peperiksaan UPSR yang tidak lama lagi.

July 21, 2009

ZOOM A

Semua pelajar khususnya Tahun 6 dikehendaki membuat Zoom A sebagai persediaan untuk peperiksaan UPSR yang akan tiba tidak lama lagi.
Pelajar dapat menjawab soalan-soalan yang telah disediakan oleh pihak kementerian dengan baik. Masa yang ada digunakan dengan sebaik mungkin kerana mereka telah di didik dengan lebih awal.
Ini lah foto candid yang diambil semasa mereka sedang membuat Zoom A di makmal komputer.

July 19, 2009

Prasarana Sekolah




Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Setia Budi
Kod Sekolah : JBA 0097
Lokasi : Luar Bandar
Jarak ke PPD/JPNJ : 58/126KM
Luas : 4 ekar
Mukim : Mk 11X Sg Kluang
No. Lot : MLO 1015
Bangunan : 1 Blok 2 Tingkat (JKR 1651 BP)
1 Blok 1 Tingkat
1 Blok Kantin (JKR 1652 BP)
1 Blok Makmal Komputer
1 Blok Pra Sekolah
4 Unit Bilik Air
6 Unit Garaj
2 Unit Pondok Membaca (wakaf)
Bilik : 6 Bilik darjah (Tahun 1 hingga 6)
1 Makmal Sains
1 Perpustakaan
1 Bengkel Kemahiran Hidup
1 Pejabat Am
1 Bilik Guru
1 Bilik Stor Sukan
1 Bilik ABM
Kategori Murid : Anak-anak sekitar kampong;
Pt Gantong, Rengit
Pt Bagan Darat, Rengit
Pt Jambi Darat, Rengit
Sri Merlong Darat, Rengit
Jumlah Murid : 151 orang
Jumlah Guru : 15 orang
Kakitangan : 1 Pembantu Tadbir
1 Pembantu Pra Sekolah
1 Fasilitator SchoolNet
2 Pengawal Keselamatan (swasta)
3 Pekerja Permbersihan (swasta)
Laman Web Sekolah : http://www.sksb.edu.my
Email : sksetiabudi@gmail.com
No. Telefon : 07-4140686

July 18, 2009

Sejarah Sekolah




SEJARAH RINGKAS

Bangunan ini mula dibina pada tahun 1985. Dibuka dengan rasminya oleh Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin b Yassin pada 26 Januari 1989 sebagai cawangan SK Seri Merlong.
Pada Tahun 1992, pentadbiran sekolah telah dipisahkan dari sekolah induk dan En Yusof b Hj Sulaiman dilantik sebagai pengurus pertama. Nama sekolah asal ialah SK Pt. Gantong Seri Merlong juga turut didaftar semula dengan nama SK Setia Budi pada 04Mac 2002 hingga sekarang.

July 17, 2009

Pengenalan

Selamat Datang ke laman blog SK Setia Budi, Rengit, Batu Pahat, Johor.
Bertemu kita di ruangan blog Sekolah Kebangsaan Setia Budi. Saya mewujudkan laman blog khas ini kerana pentingnya blog pada masa sekarang dalam dunia cyber,khususnya untuk pengunjung laman web sekolah.

Apakah tujuannya? Saya akan cuba memberikan maklumat terkini sekolah melalui blog ini, malah ibubapa dan pengunjung juga boleh terus berinteraksi melalui komen-komen artikel yang saya tulis. Kita akan berbincang tentang situasi sekolah dan juga isu semasa terutamanya dalam aspek pendidikan. Lebih khususnya kepada situasi di SK Setia Budi.

Blog ini masih baru dan dalam proses penambahbaikkan. Anda boleh berinteraksi melalui pelbagai cara yang telah kami sediakan di laman web sekolah seperti shoutbox, forum dan sebagainya.

Apa yang penting bagi saya, kepuasan dan keselesaan pengunjung diutamakan dan saya mahu jadikan laman blog sekolah ini sebagai satu medan yang sangat penting buat warga SKSB dan pengunjungnya.