September 7, 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR 2009

Peperiksaan yang dinantikan oleh pelajar tahun 6, akhirnya tiba. Tarikh peperiksaan tersebut ialah pada 8 hingga 10 September 2009. Pelbagai usaha dan ikhtiar telah dilakukan oleh para guru bagi mempastikan kejayaan akan menjadi milik pelajar nanti. Hanya usaha daripada diri pelajar/calon itu sendiri sahaja hanya Allah sahaja yang tahu. Harapan pihak sekolah agar usaha seiring dilakukan oleh ibubapa/penjaga untuk menjanjikan kejayaan buat para pelajar.

Kami warga SK Setia Budi mendoakan supaya calon UPSR Tabah Dan Bersemangat dalam menjawab soalan peperiksaan tersebut. Sesungguhnya, Insya Allah
Kejayaan Yang Cemerlang Akan Menjadi Milik Kalian.
5A Pasti di Dalam Genggaman...

September 4, 2009

Tadarus Al-Quran

Sepanjang bulan Ramadhan ini Guru J-Qaf bersama AJK Pendidikan Islam menganjurkan program Tadarus Al-Quran kepada semua murid. Program ini akan diakhiri dengan majlis Khatam Al-Quran & memasak bubur lambuk yang dijangka dan dirancang diadakan pada 18 September 2009 (Jumaat). Semoga majlis ini mendapat sambutan yang baik daripada warga Sk Setia Budi.

September 3, 2009

Program Ihya' Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Sempena kedatangan bulan yang mulia Ramadhan Al-Mubarak, kami warga SK Setia Budi mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam dan juga yang sudi melayari laman blog ini. Di sini, kami ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf sekiranya ada tersalah kata dan sebagainya.

Di samping kita berpuasa pada bulan Ramadhan ini, satu program akan dijalankan iaitu Program Ihya' Ramadhan dimana, semua murid dan juga guru terlibat dalam tadarus al-Quran. Program ini bermula pada waktu rehat setiap hari dimana, murid dibahagikan kumpulan & juga seorang guru pembimbing bagi setiap kumpulan.

Di akhir hari persekolahan sebelum bermulanya cuti sekolah sempena menyambut Hari Raya, satu majlis khatam al-Quran akan diadakan di Dewan Sekolah SK Setia Budi.
Marilah sama-sama kita meriahkan lagi bulan yang mulia ini dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran.