July 17, 2009

Pengenalan

Selamat Datang ke laman blog SK Setia Budi, Rengit, Batu Pahat, Johor.
Bertemu kita di ruangan blog Sekolah Kebangsaan Setia Budi. Saya mewujudkan laman blog khas ini kerana pentingnya blog pada masa sekarang dalam dunia cyber,khususnya untuk pengunjung laman web sekolah.

Apakah tujuannya? Saya akan cuba memberikan maklumat terkini sekolah melalui blog ini, malah ibubapa dan pengunjung juga boleh terus berinteraksi melalui komen-komen artikel yang saya tulis. Kita akan berbincang tentang situasi sekolah dan juga isu semasa terutamanya dalam aspek pendidikan. Lebih khususnya kepada situasi di SK Setia Budi.

Blog ini masih baru dan dalam proses penambahbaikkan. Anda boleh berinteraksi melalui pelbagai cara yang telah kami sediakan di laman web sekolah seperti shoutbox, forum dan sebagainya.

Apa yang penting bagi saya, kepuasan dan keselesaan pengunjung diutamakan dan saya mahu jadikan laman blog sekolah ini sebagai satu medan yang sangat penting buat warga SKSB dan pengunjungnya.

1 comment: