April 2, 2010

SaMbUTaN MaULiDuRRaSuL 01.04.2010

Semalam telah diadakan satu majlis sempena Sambutan Maulidurrasul. Majlis dibuat dengan gabungan SK Setia Budi, Sekolah Agama Pt Gantong & juga Masjid Kg Pt Gantong. Pada Tahun ini, Masjid Kg Pt Gantong merupakan tuan rumah untuk mengadakan majlis tersebut & pada tahun hadapan SK Setia Budi pula akan menjadi sebagai Tuan Rumah.






Majlis bermula jam 9 pagi dengan 2 kumpulan perarakan pelajar sekolah sambil mengalunkan lagu selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dengan diiringi paluan kompang oleh orang kampung Pt Gantong.


Seterusnya majlis dimulai dengan bacaan doa.


Seterusnya majlis bacaan ayat2 suci al-Quran oleh adik Muhammad Haziq.


Ucapan oleh En Armin Bin Sarping, Ketua Kampung Pt Gantong


Ucapan oleh wakil Pengerusi Masjid Kg Pt Gantong.

Majlis diserikan dengan nyanyian nasyid oleh pelajar perempuan SK Setia Budi...
Penceramah oleh Ustaz Mohd Nor Sairi..
Jamuan makan...
Majlis bersurai jam 12.30 tgh hari...

No comments:

Post a Comment