April 2, 2010

Ujian Saringan UKM-PERMATApintar UKM 1 Versi 2010 1 Mac – 31 Mei 2010.

Ruj. Kami : JPNJ/UPK/33/0058 Jld.2 (41)
Tarikh : 10 Mac 2010.

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Johor.


Tuan,

Ujian Saringan UKM-PERMATApintar UKM 1 Versi 2010
1 Mac – 31 Mei 2010.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pelaksanaan ujian tersebut akan dijalankan mengikut tarikh seperti di atas.

3. Sehubungan ini, kami menggalakkan murid-murid yang berumur 7 hingga 15 tahun menduduki ujian tersebut secara on-line melalui laman sesawang http://www.permatapintar.edu.my dan boleh diambil di mana-mana sahaja sama ada di sekolah, rumah, kafe siber dan tempat-tempat lain yang boleh akses rangkaian internet.

4. Bersama surat ini dilampirkan surat siaran KPM untuk rujukan
dan tindakantuan.Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi
Pegawai SPK di PPD masing-masing atau En. Sazali bin Abd. Hamid,
Ketua Unit Pemulihan Khas JPN Johor di talian 013-7426084.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan / puan.Terima kasih


”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


( HJ. MD AMIN BIN ANIS )
Ketua Sektor
Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
b.p Pengarah Pelajaran Johor.

s.k. 1. Timbalan Pengarah Pelajaran Johor
2. Semua PPD JPN Johor

No comments:

Post a Comment